Pengenalan


       Rumah Anak-anak Yatim Salimah (RAYS) ditubuhkan pada 1 Jan. 2010. Rumah kebajikan ini merupakan program teras di bawah kelolaan sebuah NGO iaitu Pertubuhan Kebajikan Tunas Al-Qur'an (PERKATA) Negeri Kelantan dalam usaha menjaga kebajikan golongan anak-anak yang tidak bernasib baik dari pelbagai latar belakang. 
       Ia adalah sebuah rumah perlindungan khusus untuk anak-anak yatim, anak-anak terbiar dan miskin, muallaf dan OKU. Rumah perlindungan ini dibina di atas sebidang tanah wakaf (wakaf khas) di Lot 102, Kg. Aur, Mukim Telong, 16310, Bachok, Kelantan. Tanah tersebut diwakafkan oleh Pn. Salimah Lyions Bt. Hussein untuk kegunaan rumah anak-anak yatim dan pusat pengajian Islam. Bangunan 3 tingkat dibina bagi memberi kemudahan kepada penghuninya.
       Terletak di sebuah kampung (Kg. Telong) di daerah Bachok dan berhampiran pantai, ia merupakan sebuah lokasi yang kondusif untuk anak-anak kurang bernasib baik ini mendapat perlindungan dan menimba ilmu. Disiplin dan tarbiyah amat dititikberatkan di sini dan jadual harian penghuninya amat padat.
       Bagi menampung keperluan harian anak-anak ini, pihak kami amat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada para dermawan untuk mnghulurkan serba sedikit sumbangan samaada dalam bentuk wang ringgit, pakaian, komputer terpakai, buku-buku, bahan-bahan binaan dan lain-lain. Sumbangan boleh di salurkan secara bank-in ke dalam akaun PERKATA di Bank Islam bernombor : 03090010025721. Sebarang keterangan lanjut sila hubungi : 09-7525845, 012-9334449, 014-8224449, 013-9448283